Monday, 22 October 2012
Thursday, 18 October 2012
Example of Lesson Plan
click below
Contoh
Pengajaran sains Tahun 5.
Tarikh/ Hari: 31 Oktober 2011
/ Isnin
Matapelajaran: Sains
Tahun : 5
Masa : 8.30 – 9.30
Bil Murid: 20
orang
Objektif : Memahami kegunaan tenaga.
1.1 Menerangkan mengapa
kita memerlukan tenaga
1.2 Menyatakan
sumber-sumber tenaga.
Pengetahuan Sedia Ada : Manusia akan menjadi lemah
jika tidak mempunyai
tenaga
Kemahiran Proses Sains: Meramal, membuat inferens,
berkomunikasi
Bahan : gambar orang sedang kelaparan, bateri, gambar
makanan.
Nilai :Bekerjasama, mensyukuri nikmat Tuhan
Kemahiran : Simulasi, penerangan,
bersoaljawab dan sumbangsaran.
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
||
Set Induksi
( 10 Minit )
|
Apa itu tenaga
|
-Guru mengucap salam kepada murid.
- Guru menunjukan gambar orang yang sedang
kelaparan dan gambar makanan
- Guru meminta murid memberi pandangan / pendapat
mereka mengenai gambar yang diberikan.
- Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid.
-Guru memulakan pelajaran dan mengaitkan gambar yang ditunjukan dengan
tajuk yang akan dipelajari.
|
-Murid menjawab salam
- murid memerhati gambar yang ditunjukan.
- murid bebas memberi pandangan mengenai gambar.
- Murid – murid memberi jawapan berdasarkan soalan yang diberikan
mengikut kefahaman mereka.
- Murid-murid bersedia untuk belajar.
|
Perkembangan
Langkah 1
( 15 Minit )
|
Tenaga amat diperlukan dalam kehidupan seharian.
- Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
- Semua hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup.
Pelbagai jenis
sumber tenaga
1. matahari
2. makanan
3. angin
4. air
5. bahan api
6. bateri
|
-Guru memberi penerangan mengenai tajuk yang dipelajari.
- guru meminta murid memberi perhatian dan membuat catatan ringkas
berdasarkan penerangan guru.
-Guru bersoaljawab dengan murid
Soalan.
1.Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?
2. Mengapakah kita memerlukan tenaga?
3. Apakah sumber tenaga manusia?
-Guru menerangkan bahawa terdapat pelbagai sumber tenaga.
- Guru memberi huraian mengenai sumber tenaga seperti yang di nyatakan.
|
- Murid mendengar penerangan serta membuat catatan ringkas.
Jawapan.
1.Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
2.Tenaga diperlukan kerana ia membantu kita dalam melakukan kerja.
3. Sumber tenaga manusia adalah makanan dan minuman.
- Murid mendengar dan membuat catatan.
|
Langkah 2
( 25 Minit )
|
Membuat peta minda / pengurusan grafik.
Sumber Tenaga
1. matahari
2. makanan
3. angin
4. air
5. bahan api
6. bateri
|
- Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan ( 5 orang setiap kumpulan)
- Guru mengedar bahan yang diperlukan seperti kertas mahjong, maker pen,
warna kepada setiap kumpulan.
- setiap kumpulan diminta untuk membuat sebuah peta minda mengenai tajuk
tenaga iaitu
” sumber tenaga”
- setelah selesai, guru meminta setiap kumpulan untuk membuat
pembentangan mengenai peta minda yang mereka hasilkan.
- Guru membuat ulasan mengenai peta minda yang dihasilkan oleh setiap
kumpulan.
- Kumpulan yang terbaik dikira sebagai pemenang dan mendapat hadiah.
- Guru mengarahkan hasil kerja tersebut di lekat pada sudut matapelajaran
di dalam kelas
.
|
- murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
- murid berada dalam kumpulan masing-masing bersama bahan – bahan yang
telah disediakan.
- murid berbincang dalam kumpulan untuk membuat peta minda.
- murid membuat peta minda dan penerangan mengenai setiap sumber tenaga.
- setiap kumpulan murid membuat pembentangan mengenai peta minda yang
telah mereka buat.
|
Penutup
( 10 Minit )
|
- Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
- Hidupan memerlukan tenaga untuk melakukan kerja dan menjalankan proses
hidup.
-Terdapat pelbagai jenis sumber tenaga
|
- Guru merumuskan isi pelajaran dangan aktiviti soaljawab dengan murid
untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap tajuk yang telah dipelajari.
Soalan.
1.Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?
2. Apakah contoh sumber tenaga?
|
- murid mejawab setiap soalan yang dikemukan oleh guru dengan betul.
Jawapan.
1.Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja
Sumber tenaga terdiri daripada.
1. matahari
2. makanan
3. angin
4. air
5. bahan api
6. bateri
|
Kelaparan
Refleksi :
Proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Objektif yang hendak di
capai telah tercapai. Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan
betul kerana mereka telah dipesan terlebih dahulu supaya membuat ulangkaji
mengenai tajuk yang akan diajar. Selain itu juga, murid – murid mengetahui
kepentingan tenaga kepada hidupan terutamanya manusia. Murid-murid juga dapat,
menyatakan kepelbagaian sumber tenaga yang ada. Selain itu juga, murid – murid
dapat memberi penjelasan serta contoh mengenai sumber tenaga.
Kekuatan:
Kekuatan
dalam menyampaikan pengajaran tajuk tenaga ini ialah, kefahaman murid serta
pengetahuan mereka terhadap tajuk ini. Tambahan pula tajuk ini, dirasakan agak
mudah dan senang untuk difahami dan dikuasai. Selain itu juga, jumlah murid
yang tidak ramai menyebabkan keadaan disiplin kelas berada dalam keadaan yang
terkawal. Jadi senanglah untuk mengawal keadaan kelas dan memudahkan proses
pengajaran. Selain itu juga, peneguhan positif seperti memberi hadiah kepada
kumpulan terbaik telah menjadikan murid lebih bermotivasi dan bersemangat untuk
belajar atau ringkasnya penglibatan murid adalah sangat aktif.
Kelemahan.
Kelemahan
yang dapat dikesan dalam proses pengajaran ini adalah kekurangan bahan bantu
mengajar terutamanya bahan maujud untuk tajuk tenaga. Ini kerana amat sukar
untuk mendapatkan bahan bantu mengajar di kawasan pedalaman. Ianya hanya dapat
diterangkan dan digambarkan secara teori sahaja. Selain itu juga, penggunaan
bahan ICT tidak dapat digunakan, kerana pembelajaran diadakan dalam bilik darjah
sahaja.
Langkah
Penambahbaikan.
Cuba
perbanyakan lagi bahan bantu mengajar, seperti mempelbagaikan lagi
gambar-gambar yang berkenaan. Selain itu juga, cuba gunakan ICT dalam
pengajaran seperti mengadakan tayangan video mengenai yang berkaitan dengan tajuk
yang diajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)